15 Mei 2015 - 01:27
14 nelayan Iran diculik pengganas al-Shabab

Seorang pegawai Somalia memaklumkan penculikan 14 orang nelayan Iran oleh pengganas al-Shabab.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang pegawai kerajaan Somalia mendedahkan penculikan 14 orang nelayan Iran oleh pengganas al-Shabab.

Umar Abdul Samad dalam kenyataannya berkata, para pengawal pantai negara ini telah diberi taklimat mengenai penculikan nelayan Iran berhampiran dengan pantai Somalia pada hari Khamis.

Hingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Iran.

Al-Shabab merupakan kumpulan pengganas Somalia yang berkait rapat dengan jaringan al-Qaeda. Kumpulan ini dikatakan berjaya menguasai Selatan Somalia dan sedang berperang dengan tentera kerajaan.